Thursday, February 14, 2019

Itulah kehidupan

Seronok bila aku tgk orang lain bahagia. Dan bila aku baca kebahagian yg mereka kongsi, sedikit sebanyak aku teringin diri aku dapat macam tu juga. Hati ini mula rase cemburu. Begusnya suami orang itu. Sangat menghargai isterinya. Bagusnya isteri orang itu, sangat menyayangi suaminya.

Aku?.....

Aku pernah buat surprise kat seseorang. Kesayanga aku. (Sebelum aku tau rahsia disebaliknya). Betapa aku nak tunjuk yg aku sayang dan menghargai dia. Tapi balasannya hambar. Samada aku yg tak nampak kegembiraan raut wajahnya atau dia yg tak pandai bersyukur?aku tak tau....

Mungkin sikap dia sebegitu. Kalau kukira berapa hadiah yg dia pernah hulurkan padaku, boleh dibilang dengan jari. Ntahlah...mungkin aku yg byk.tak bersyukur. Hanya pandang apa yg dia tak bg padaku.

Berkaca mataku bila lihat gambar2 mereka yg bahagia. Betapa aku teringin jd seperti itu.

Mungkin aku perlu berubah. Berubah? Aku sudah byk berubah. Aku yg dulu pendiam jd cepat melenting, marah. Aku yg dulu lembut dalam tutur kata, sudah berkasar. Aku yg dulu suka tersenyum, balik rumah sudah hilang seri senyumanku.

Rumah aku kosong. Takde hilai tawa macam dulu. Kalau bukan kerana anak2, rumah ni akan hambar.

Jadi mana syurga duniaku???...aku menangis lg. Kerap menangis. Sentiasa menangis.

Sehingga aku berani utk izinkan dia kawin lain. Mungkin dengan cara itu dia boleh cari bahagia dan syurganya. Aku seakan sudah tidak mampu menahan dan mempertahankan mahligai ini.

Jika apapon yg terjadi......aku redha....

1 comment:

OPP LOANS said...

Are You In Need Of A Private Or Business Loans At 2% Rate For Various Purposes? If Yes; Contact us: opploansLLC@gmail.com Website: https://opploansllc.wixsite.com/website


*Full Name:_________
*Address:_________
*Phone number:_________
*loan amount:_________
*Loan duration:_________
*Country:_________
*Purpose of loan:_________
*Occupation__________

Best regards
Managements
Contact us: opploansllc@gmail.com
Website: https://opploansllc.wixsite.com/website